.:: Mungkin Yang Terakhir ::.

bism

Nikmat bagun subuh kemudian pergi ke Musolla As-Saad merupakan suatu nikmat yg indah. Pasti semua pelajar Kyuem inginkan nikmat itu. Tapi tidak semua berjaya memperolehinya. Ada yg dapat setiap ari. Ada seminggu 3 kali. Ada sebulan sekali. Ada juga sekali setahun.

Memang suatu cabaran dan dugaan utk bagun seawal 6 pagi utk ke Musolla As-Saad utk Subuh berjemaah. Nafsu tidur menguasai diri. Penggera loceng dari hp mahupun jam loceng berbunyi selang 5 minit namun tetap di tutup dgn tangn yg bergerak tanpa disuruh.

Subuh aku yg terakhir di Musolla As-Saad sblm bergelar ex-Kyuem memamng indah. Mungkin yg terakhir. Mungkin tidak jika selepas ini sempat aku berjemaah Subuh tapi bukan sbg student Kyuem lg. Subuh kali ini penuh dgn senyuman dan kegembiraan. Jemaah pada kali ini ramai. Melebihi satu saf. Alhamdulillah, semoga ia berterusan.

selepas tazkirah

Selepas tazkirah tatkala menunggu waktu utk bersarapan awal bersama-sama rakan2, kami berjalan2 sekitar kolej di kala sejuk hening pagi. Nyaman. Tanang. Memang sinonim dgn nama Lembah Beringin. Meronda2 keliling kolej dgn berkain pelikat. Bersarapan bersama di meja bulat beramai-ramai. Bergurau senda. Bergelak ketawa. Alahamdulillah. Indahnya nikmat itu.

keliling kolej

di meja bulat

bergambar bersama
Blog Widget by LinkWithin

berlatarkan padang bola sepak

.: Berdoa Menadah Tangan :.

bism

Exam dh tamat. Alhamdulillah.
Waktu lapang sudah bermula. Alhamdulillah.
Perancangan belum ada. Subhanallah.
Semoga masa tidak terbazir dgn sia2. InsyaAllah.

SEMOGA RESULT SUCCESS. AMIN

.:: Memori ::.

bism

Suasana pilu menyelebungi diri dalam keheningan malam. Segala kenangan lalu terlintas dalam fikiran. Membuat diri tersenyum keseorangan. Membuat diri ketawa seorang. Tiba2 bergenangan air mata. Mengalir merentasi pipi. Titik demi titik.

Itulah hakikat ditinggalkan orang yg tersayang. Semakin lama bukan semakin lupa tapi bertambah ingat kenangan bersama dulu. Perlu menerima segalanya dgn redha dan tabah. Itulah kenyataannya. Al-fatihah disedekahkan. Semoga ikatan tetap kukuh walaupun terpisah dari dua alam yang berbeza.

Semoga rohmu dicucuri rahmat. Amin

.:: Pre-departure Programmes ::.

bism

Beberapa hari yg lalu, terima email dari Pn. Rukiah. Isinye utk memaklumkan tentang programme scholar2 PNB time cuti ini. Macam biasa, sebulan sudah pasti diisi dgn OBS. Lamenye~

Seperti yg diharapkan juga supaya tidak clash ngn MOC. Alhamdulillah. Namun, mengikut perkiraan waktu, BTN akan clash ngn waktu result kuar. Sudah berdiskusi ngn Pn. Rukiah namun tidak boleh diubah tarikh BTN itu. Aiseyh.

Mungkinkah tragedi seniors PNB dahulu bakal berulang?

The pre-departure programmes schedule:

1. OBS at Lumut Perak = 1 to 25 of July

2. Biro Tata Negara at Meru, Klang = 10 to 14 August

3. Pengukuhan Rohani at Port Dickson = 17 to 19 August

4. With Tan Sri = 21 August (tentative)



p/s: bekalan BTN (topup lebih+arial hp tinggi2 supaya dapat coverage) huhuhu

.::Suatu Petang::.

bism

' Time's up ', kata Mr B

Pen diletakkan menandakan exam telah tamat. Satu berlalu, sembilan lagi yg bakal tiba. Perlu usaha lagi utk membebaskan diri dari cengkaman A-Level. Sebulan lagi. Lamenye~

Di saat melangkah keluar dari DH, terasa badan ini lemah. Mengapa? Tiba-tiba merasa diri ini jahil. Jahil dgn Ilmu. Jahil dgn agama. Jahil dgn Iman. Jahil dgn Ilmu masih boleh dicari kerana Ilmu tidak akan pernah cukup didada. Namun, Jahil dgn agama, Iman bagaimana? Itulah bekalan kita di akhirat kelak. Tidak tahu bila malaikat maut bakal menjemput kita. Terasa diri ini kerdil.

Terasa diri ini lemah. Setinggi manapun darjat kita, kita masih insan yg lemah di depan Yang Maha Kuasa. Jalan ini masih panjang. Masih banyak duri dan ranjau yg perlu dihadapi. Dalam kekusutan, cuba juga mencari yg pasti. Diteruskan juga perjalanan. Digagahi segala kudrat yg ada. Kerana ada sahabat dan teman seperjuangan.

Namun hakikatnya, sampai bila harus disua nikmat? Sampai bila harus ada yg memujuk hati tatkala jatuh terleka. Sampai bila?

Proaktiflah, berdaya majulah saudarku fillah. Jalan dakwah yang mengoptimumkan kerja dan kemampuan kita, bukan kita! Mulanya. jalan yg dilalui hnya perlu merangkak, namun Semakin selesa merangkak, seakan minta kita cepat berjalan. Semakin laju kita berjalan, jalan itu seakan minta kita berlari. Semakin laju kita berlari, sekan meminta kita terbang pula. Ingatlah, semakin cepat kita sampai kpd titik-titik penting, semakin bnyak halangan dan cabaran sedangkan dlm waktu yg sama minta kita cepat berjalan, cepat berlari dan kemudian, minta kita terbang pula. Setiap marhalah ada ujiannya. Setiap marhalah ada pemudanya! Moga kita lah pemuda itu!

Sekadar nukilan di petang hari....

.:: Merangkak Ke Malaysia ::.

bism

Hipotesis : Jika tidak bersayap maka tidaklah boleh terbang.

Teringat subjek Sains zaman sekolah rendah dulu. Nak bwt hipotesis mudah saje. Guna perkataan semakin...semakin.... ataupun jika....maka....Ada je perkataan tuh dh blh score 1 markah. Haha. Punye la aku dulu berhempas pulas wat ayt karangn nk wat hipotesis, rupe2nye pakai perkataan 2 jeh. Hampeh.

Ape kaitan dgn hipotesis awal tuh?

Kaitan nye adalah dgn virus Influenza A atau lebih sinonim dgn nama saintifiknye virus H1N1. Masih kurang jelas? Ala.. Virus Selsema Khinzir a.k.a B*b*. Ish, x sedap pulak nk menyebutnye. Meh tambah kosa kata Bahasa Inggeris kita. Swine Flu.

Bermula dari Mexico, virus ini mula mnjadi igauan ngeri buat seluruh manusia dipelusuk dunia. Walau haiwan ini tidak bersayap, ia masih mampu merantau ke seluruh dunia menyebarkan virus merbahayanya.

Terbaru, sudah terdapat dua kes di MALAYSIA selepas kes pertama Rabu lalu!! Masya Allah. Dengan pertambahan satu lagi kes itu, serta Turki dan India memasuki senarai negara disahkan dijangkiti semalam, diikuti Jepun dengan tiga kes jangkitan, menjadikan jumlah jangkitan kes selesema berkenaan meningkat kepada 8,451 kes di 39 negara, membabitkan 72 kematian.
Kini, seluruh hospital dibanjiri orang awam yg ingin melakukan pemeriksaan saringan virus Influenza A ini.

Semoga kita terlindung dari musibah ini. Hanya padaMu kami memohon.

.:: Terima Kasih Guru ::.

bism

Masih…jelas diminda…
Bisikan suaramu memanggil…
Di situ langkahku bermula…
Mengejari cita kau di sisi….
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…


Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…


Guru… ibarat pelita…
Sentiasa menyinar kamar hidupku…
Guru…kau pewaris ilmu…
Mendidik diriku…hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…


Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan…
Kan ku petik bintang-bintang…
Ku jadikan hadiah untukmu…
Moga Tuhan merahmatimu…
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


.:: Nur Jumaat ::.

bism

Hari Jumaat seperti yg kita tahu adalah penghulu segala hari. Hari dimana banyak tersimpan kisah teladan dan barakah daripada Nya. Nur Jumaat disama ertikan dgn cahaya hari Jumaat yg sentiasa memberi sinar kepada manusia yg mencari barakah yg tersembunyi di sebalik hari yg indah ini. Nur Jumaat juga turut disama ertikan dgn naskhah terbitan Syumul MUSCOM yg menjadi wadah ilmu tatkala hari Jumaat menjelang.

Jika Rabu yg lepas merupakan hari yg istimewa buat chaletmate ku Eman, Jumaat ini pula merupakan hari yg istimewa buat rakannye dan rakan ku jua yg merangkap jiran chalet kami yg sering menjadi tetamu kehormat chalet ini. Berasal dari Kelantan juga. Aish, minggu menyambut warga Kelantan ke nih?

Memang manis2 owg2 Kelantan nih. Tapi utk laki kebanyakannye sume itam2 manis le. Dark but not dark as bontot kuali la. Coklat2 gelap gitu. Hehe. Mungkin sbb dr kecik sering dibawa keluarga mereka berjemur di pinggir pantai-pantai Timur Malaysia. Tapi senyuman mereka mmg menawan. Kalah model2 iklan coldgate sebab terserlahla senyuman dh keputihan gigi yg kontra tuh. Haha.

Hari ini Hari Jumaat. (Ish, brape kali nk ulang daaa~) 15 Mei 2009. Hari yg bersejarah dan istimewa buat seseorang. Genap jua 20 tahun umur nye. Umur meningkat naik, namun kerampingan badan tetap maintain. Tinggi? Bertambah kot (ke aku yg makin pendek?) Seperti rakan yg lain, persahabatan ini tidak dirancang dgn sengaja. Takdir Allah menemukan kita di KYUEM nih. Semakin ramai list kwn2 aku. Ameen

Bufday Boy kita pada kali ni adalah Enchek Lutfi merangkap bekas vice capt Sapphire. Huhuhu. Malangnye di hari yg istimewa ni, die kelhatan tidak bermaya. Sudah 2 minggu die dlm keadaan begitu, cuba menyembunyikan kegeringannye dari khalayak ramai. Terpaksa mengharungi dugaan ini tatkala musim exam melanda. Uhhh. Tidak berapa sihat. Duhai sahabat, Janganlah dikau bermuram durja. Doa sahabat mu sentiasa mengiringi mu.

Selamat Hari Lahir Lutfi!!
Semoga Panjang Umur Murah Rezeki dan
Semakin Sihat Wal'afiat


Berkekalanlah persahabatan yg terjalin ini
Doa Kami sentiasa mengiringi mu

p/s : xde makan2 ke mlm ni wahai chaletmate-chaletmate lutfi? =P

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

.:: Malam Tadi ::.

bism

Demi meraikan bufday boy, maka telah diadakanlah sedikit acara makan2 di chalet P31 yg dikelola oleh majlis tertinggi chalet P31. Beberapa tetamu kenamaan dijemput bagi memeriahkan lagi acara. Sedikit juadah disediakan bagi para tetamu yg hadir.

Dengan hanya bermenukan mee goreng cafe, air sunquick sebekas dan beberapa junkfood yg lain, kami melahap sambil bergelak ketawa dgn girangnye. Dapat terlihat pancaran cahaya seyuman manis dari anak kelahiran Kelantan ini, Eman yg sudah pon genap 20 tahun umurnye semalam.

Cukup seronok mlm td sampai lupe skrng musim exam. Perut pon kenyang melembapkan otak ni nk study. Sebelum bersurai, beberapa potrait kenangan diambil. Semoga Persahabatan ini berkekalan terjalin hingga ke akhir hayat.

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and moreAlign Center

.:: Warkah Buat Eman ::.

bism

Salam wahai saudaraku..

Persahabatan terjalin bukan sengaja dirancang. Siapalah engkau pada aku dua tahun yg lalu? Siapalah insan bernama Muhammad Herman Rawi dalam hidup aku ni? Tidak pernah menjangka Kyuem akan menemukan kita. Lebih tepat lagi Chalet agung P-31 telah mengeratkan kita. Di chalet ini tersingkap berjuta memori...

Senyuman di beri sebangai wadah pembuka selera utk persahabatan. Kemudian salam menyusul. Terukir senyuman yg manis pada riak muka anak jati Kelantan ini. Manis seperti masakan di negeri nye. =P Bakal pekerja Bank Negara ini memang mudah utk didekati. Digilai ramai peminat. Masih single? Entahla. Tanyalah tuan punya badan.

Belum pun menjengah dua tahun di Kyuem ni, namanya sudah terpahat di seantero warga kolej. Tanya sajalah. Sapa yg x kenal dgn Herman a.k.a Artis Sapphire yg sedang mengembangkan lagi bakatnye. Terbaru beliau telah berjaya merangkul anugerah Best Performer (male). Sob2. Terharu Kak Siti pabila mendapat tahu anak didiknye ini berjaya.

Tanpa kau, agak sunyilah chalet ini (ke mmg sunyi?). Biliknye sering menjadi tumpuan. Riuh rendah dengan suara manusia-manusia bergelak ketawa berjenaka tanpa menghiraukan kekiasuan Luqman yg sedang terganggu.
Shhhhhhhh.

Nada panjang Luqman bila frequensi bunyi terlampau tinggi dari bilik sebelahnye. Aku hanya mampu tersenyum panjang. =)

Namun usah risau wahai Luqman, kini Eman sudah berada dlm zon kiasu juga. Sering ke RC. Sering bertafakur dlm biliknye. Kelibat jiran tetangga juga semakin kurang berkunjung tiba. Mungkin semuanye telah dilanda wabak H1N2 (wabak kiasu). Cuma bunyi garau dengkuran saja yg kedengaran bila tengah menjengah. =P

Sebab masa juga mengingatkan aku supaya lebih kiasu, ak pendekkan surat ini dengan ucapan terima kasih kerana dgn paksa relanya menerima aku sebagai chaletmate dan sudi menerima aku sbg sahabat. Semoga ukhuwah terjalin padu dan berpanjangan dgn izin Yang Maha Kuasa.

Selamat Hari Lahir
Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki


Mari kita bersama berdoa demi kejayaan Bersama.
Mahu Fly!!!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and moreAlign Center